Tuesday, August 2, 2011

oh..puasa lagi..

hari kedua berpuasa...tak ada yang beza.. cuma sahur ditemani suami dan si kecil yang nyenyak tido wlupun abah dia dah alihkan tempat tido dari atas ke bawah..lepas sahur terus BF ayra.. dalam ngantok2 dia, bole plak menyonyot..haha! comel je muka ayra time tu..sangat suci..sangat naif.. :)

cuma tekak dah mula sakit.. tapi taknak dijadikan alasan untuk malas berpuasa..semalam puas la jugak telan ubat itu ini bagi mengelakkan demam.. pagi ni sahur pun simple.. ikan goreng, lauk lemak cili api yang dimasak semalam utk berbuka + telur daging masak kicap.. bole la..

dalam minggu ni faiz perasan mood tak berapa nak baik..sekejap je nak naik angin.. tak tahu kenapa.. perubahan horman untuk period ke? sbb sejak lahirkan ayra, tak didatangkan period pun melainkan 60 hari awal darah nifas selepas melahirkan ayra.. kadang2 sakit perot mcm nak period tapi takde.. alahai..jangan la period lagi.. teringin jugak nak merasa puasa penuh tahun ni.. :)

0 comments: