Friday, December 31, 2010

mini me..



for si kecil from family in law.. tq~! :)

Thursday, December 30, 2010

3O minggu..

semalam genap si kecil berusia 30 minggu dalam kandungan..
berat pun dah 1.2 kg ++... doktor n nurse cakap baby sihat... alhamdulillah..
dan semalam juga ada appointment si kecil di KK putrajaya..
kali ni tak kena marah dengan nurse sbb berat badan maintain..
urine n HB pun normal... jantung baby 144 mb..
honestly, tak sabar nak menyambut kelahiran si kecil ni..
tak tahu la rupa ikut sape.. ibu dia ke..abah dia ke.. or orang2 yang ibu dia selalu duk bergossip.. hahaha~!

cuma masih dalam keadaaan was-was lagi tentang jantina si kecil even dah scan hari tu.. result pun bkn 100%.. so, bila rasa mcm nak beli barang gegirl yang cantik2 tu, rasa mcm terbantot je.. bila tengok stocking yang - alahaiii.... cantik2nye! terbantot gak... sudahnya si kecil mempunyai koleksi baju berwarna hijau - coklat - kuning - pink skit - putih banyak - biru skit..

esok cuti! dan esok juga rasanya nak mula mengemas barang2 masuk hospital then letak dlm kereta siap~siap!! :)

Monday, December 27, 2010

menghitung hari tauu~!!

ayark... kalau tengok jadual tinggal 10 minggu 2 hari aje si kecil ni nak keluar~!
hari rabu ni ada appointment lagi untuk si kecil.. hopefully, takde la nurse bising lagi pasal naik badan ni ha.. dah cuba control makan dah (iye ke?) hee... :D

kalau ikut mak, biasa mak lahirkan anak2 dia dua minggu awal dari tarikh yang spatutnya.. adakah pais akan ikut jejak mak nnt?? dup dup!! :)
tapi sebelum bersalin, ada wedding yang nak kena buat bersungguh2..
sbb cousin yang rapat kawin tau! rasa mcm excited je nak tolong si wani hias utk hantaran dia! :P

oh..mlm smlm si kecil sungguh over aktif di dalam perot smpai pais rasa sakit n nak muntah..
ntah apa yg di explore dlm perot... gerak sana.. gerak sini.. guling berapa kali guling dah.. mungkin sbb di siang hari dia kurang aktif smlm..

to abah baby.. saya tak sabar nak shopping katil baby ok!!! :P

Friday, December 24, 2010

jangan dibenci..takut terkenan.. isk!!

orang kata kalau tak suka seseorang, jangan dibenci sangat..
nanti takut anak yang dikandung terkenan perangai org yang dibenci tu.. huhu~
tapi sejak mengandung ni, ada je orang-orang2 yang menyakitkan hati pais..
sampai la terpaksa timbul perasaan benci pada dorang...

bukan niat nak mengumpat.. tapi kalau disimpan, bole sakit jiwa ok..
honestly, takde la pais tak suka or benci dengan fizikal orang2 itu..
tapi sifat mereka yang sungguh la annoying + sombong + mengganggu hidup orang..

kalau bole nak pejam mata kalau ternampak dorang..
mudah-mudahan Allah memudahkan perjalanan hidup pais bila berdepan dengan orang2 ni..
dan minta juga dijauhkan anak yang dilahirkan ini nanti tidak meniru sifat2 yang faiz tak suka ni.. mungkin bila kita nak benci dorang, kena juga tengok keburukkan diri sendiri... :)

Monday, December 20, 2010

Senarai untuk baby dan ke hospital~!!

ops!! bila google tentang senarai barang baby yang perlu dibeli, banyak betul barang yang pais tak prepare kan lagi.. dulu pais n asrul dah serang warehouse Anakku n berbelanja hampir RM150 and dapat banyak barang/baju.. ingatkan dah cukup.. but bila tengok pada list! adoiii... tak cukup lagi tauuuu.. :P


semalam pais n family pegi IKEA.. terkenan pada katil n almari untuk si kecil.. murah tapi cantik!! hopefully sale ni sampai akhir januari.. sbb smlm nak beli, tak gaji lagi.. :( plus sangat ramai orang di IKEA ok!! sibok nak shopping for Christmas.. huhu..
dan masalah pais ni asyik la nak terkencing je.. :(
tapi smlm dapat gak beli skit barang utk si kecil.. dpt beli tilam ringan utk dia tido di mana sahaja dan beli towel utk lap muntah susu or air liur.. :P

dan yang dibawah ini plak adalah senarai utk si ibu isi dalam beg pada minggu ke 30! manalah tahu nak terberanak kan.. mak n kakak ipar pesan buat dua beg! satu kat rumah, satu letak siap2 dlm kereta..
alamak!! kain batik di rumah cuma ada dua je rasanya.. huhu!!
baju blouses nampaknye kena beli lagi... :P

ok.. 80 days to gooooo~!!!! dup dap dup dap..!!

Tuesday, December 14, 2010

bila si kecil berkata-kata~!!



kalau la si kecil bole berkata-kata pada abah dia, mesti dia cakap..
"abah, baju saya tak cukup lagi.. kemungkinan saya akan berak n comotkan baju ini 10 kali sehari.. abah, mari la ajak ibu bershopping lagi..mesti dia suka!"

hihi.. ini adalah stok baju si kecil.. dah kira baru ada 22 pasang.. masih belum susun lagi ikut baju tidur, baju jalan, baju kat rumah..
rasanya ada banyak lagi tak cukup seperti sarung tangan kaki...
bila lawat rumah leen, sarung aiman memang berpuluh2..
sbb leen ckp baby suka isap2 kasi basah n jadi masam.. huhu~
honestly... pais tak buat list lagi pun bagi persediaan si kecil..
kena minta tolong abah baby listkan... tapi..abah baby pn hari2 busy dengan kerja n sukan.. humph~!!!
kalau ibu baby yang list, mesti smua punnnn nak beli! hihi.. :P



ini adalah kebesaran si kecil dalam perot pais..
time ni 27 minggu (6 bulan 3 minggu)..
ramai orang-orang tua complain "keciknyee"..
adoi.. tak tahu la nak besar mana.. hehe~!
abah baby taknak belanja ibu baby baju baruuu ke??? yippie~!!

Monday, December 6, 2010

tak suka........ tak heppi......... sebab...

sebelum itu.. to family n kawan-kawan..klu pais ada buat salah n dosa, pais minta maaf ok.. takot tak sempat.. utk si suami kalau saya takde, cari calon yang baik ye utk jaga si kecil... jgn cari mcm mak tiri bawang merah... :( akhir kata.. i lebiu encik suami, family n kawan-kawan.. sobbbbsss...

Uri Berkedudukan Rendah (Placenta Preavia)

Uri adalah organ yang terdapat didalam rahim wanita hamil, bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi dari ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal ialah apabila ia berada di tengah atau dibahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh dari kawasan dimana bayi sepatutnya keluar dari rahim. Uri di kedudukan bawah pula berada dikawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.

Ia bukanlah sesuatu yang jarang ditemui diawal kehamilan kerana 20% daripada uri berada dibawah apa awalnya, tetapi apabila kandungan berusia 28 minggu kebanyakkan dari uri sudah tertarik keatas oleh rahim yang semakin membesar dan cuma 5% sahaja yang masih berada pada bahagian bawah rahim. Pada masa ini keadaan ini dipanggil Placenta Previa.

Komplikasi dan rawatan

Sekiranya uri anda masih dibawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk mengalakkanya naik keatas. Rawatan pula bergantung kepada tahap placenta previa (PP) tersebut, samada ia menutup keseluruhan laluan bayi atau separuh sahaja. Tahap keterukan dibahagikan kepada 4 jenis. Jenis 1-4. Jenis 1 adalah yang paling ringan, iaitu uri berada dikedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim manakala jenis ke 4 pula bermaksud uri menutup keseluruhan pintu rahim.

Sekiranya wanita mengalami PP jenis ke 4, terdapat risiko tinggi untuk kelahiran pra-matang dan pendarahan. Kadang-kadang pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa. Doktor selalunya memantau simtom pesakit dengan memasukkan pesakit ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami PP.

Thursday, December 2, 2010

senang! bagi je ubat batok!! (gile!!!)

gila tak gila kan...
dah tak tahu nak percaya pada siapa lagi utk jaga si kecil ni nnt...
kasihan Sophie... diberi ubat batok pada usia 2 bulan 2 minggu oleh penjaga nursery...
tujuannya supaya budak tu tidur di siang hari...
even parents dia kejut pun, bole tak sedar2 sampai la nak sedar sendiri...
bila nenek dia syak something tak betul, then bawak pegi cek darah..
damn! positif ada drug dlm darah Sophie!! oh nooo~!! gila kejam!!!!!!!

perancangan pais pula utk si kecil ni esok tak tahu mcm mana...
tinggal 3 bulan je lagi dia akan lahir...
mudah sekiranya dihantar nursery jabatan kat bawah ofis ni ha...
problem cuma kena 6 bulan ke atas, baru dorang terima... huhu.. :(
mungkin 3 bulan cuti maternity.. dan 3 bulan nnt pinjam kejap bibik si ayriss kot..
dah xbole nak percaya org luar dah... :(

Wednesday, December 1, 2010

Tobat taknak guna kad kredit lagi!

sebabnya adalah seperti berikut :

1. terasa seperti terikat sentiasa..
2. bimbang if lambat bayar kredit kad tu ha..
3. sangat-sangat la menyusahkan.. humph~!!
4. boring dengan advertisement dorang yang bersepah dalam mail box!!
5. paling tak suka time kita perlukan sangat duit, time-time tu jugak dorang debit account simpanan untuk bayar kredit kad.. oh..paling kejam tinggalkan RM1 aje?? and without giving any notice or email??? eee... gile!!

i hate u Maybank credit card!!!
lepas ni memang nak tutup account Maybank!!
dah la penah curik RM500 secara senyap masa faiz kecik2 dulu dan masa faiz mula2 start keja!!
Maybank pencurik~!!!!!