Tuesday, May 29, 2012

2nd Anniversary kami!

alhamdulillah! perkahwinan kami sudah masuk tahun ke dua..yay!!
sepanjang dua tahun ni, kami dikurniakan dengan seorang cahaya mata yang bercahaya-cahaya n comel! hehe!
teringin plak nak ngandong lagi.. tapi plan next year la! hoho!

seperti biasa sambutan anniversary di adakan di restoran fevret i - chillis! nom nom!
menu?? hahaha! hampir serupa jugak mcm tahun lepas..
teramat kenyang.. cuma bezanya kali ni kami makan bertiga.. dlu ayra join celebrate anniversary pertama kami tapi xleh nak makan lagi sbb ayra baru 3 tahun masa tu.. hihi!

 ayra 3 bulan. tembam kan??

ayra hepi sebab dapat share fries dengan abah.. hehe!
 
 menu yang tak jauh beza dengan tahun lepas.. hehe! sedap woo!!

  before balik dari midvalley - en.suami belanja air longan n .. beg nose itu! yippie!!

 again..hepi anniversary sayang! i love u more n more!! 
tq sbb bersabar dengan karenah saya sepanjang usia perkahwinan kita.. hihi..
u r the best n always be the best! 
jom buat anak lagi satuuuu! yay!!

Wednesday, May 16, 2012

Business Hantaran! Mau Perkhidmatan Saya??

hei.. dis are my proud ok!
selepas berjaya membuat hantaran untuk abang-abang n kawan-kawan
now dah ada confident untuk buka business buat hantaran kawen. 
hahaha.. business main-main je..
tak serius sgt pun..
sape nak minta tolong i buat?? hihi..

as long tak dikacau oleh raksasa kecik ni, i bole concentrate buat hantaran.
within 1 hour i bole siap 2 dulang!!

dis lovely cake! oh..sungguh jatuh cinta kat hiasan bunga tu kan..
tapi kek ni bukan i buat la.. order saje! :p

dulang perfume~!! simple je dengan ikatan reben itu.. 
tapi nampak nice kan! hehe.. 
(ok..angkat bakul sndr!) 

  oh.. masih gigih untuk belajar menghias sirih style moden! 
dan kasut hijau itu.. hahah.. phewit!

actually ni hantaran yang dibuat untuk si kembar saya yang nikah pada 12 mei hari tu..
3 hari sebelum nikah baru la terburu-buru buat hantaran..
tu pun setelah menghantar raksasa kecil tu kat wan dia. haha!
baru bole concentrate. if ada si kecil kena tunggu tido dlu.. :)

 and the blue hantaran ni masa abang kamal kawen..
hahah.. suka-suka menghias lama-lama jadi hobi.. 
dis are my proud too! :D


so mana-mana kawan nak minta tolong, please bgtau u ya! i amik untung kecil je.. hehe!!
btw..i ada partner bersama untuk buat hantaran ni tau! 
there! gadis kecil berbaju kuning- Ayriss!
sungguh excited menolong i buat hantaran smpi bercita-cita nak jadi mcm aunty bab-bab menghias dulang hantaran.. haha!!
 

Monday, May 14, 2012

Si kembar yang tidak bujang lagi!





12 Mei 2012
si kembar yang telah menamatkan zaman bujang!
congrats Adib Azra dan Nurul Husna..
semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhirat..
dikurniakan cahaya mata yang comel dan soleh/solehah..
now officially - anak mak semua dah kawen!! yay!!
lepas ni proses mengumpul cucu untuk mak.. hehe!

my part untuk wedding ni adalah membuat hantaran untuk si kembar..
dah banyak kali buat hantaran untuk diri sendiri, abang dan adib..
rasanya mcm dah bole bukak kedai buat hantaran?? errr... hehe!!
syukur kerana dikurniakan kreativiti ini.. :)

to my twin :
no matter what, we are still twins!!
jadi suami yang baik ok!!
so proud of u!!!!
muahhh~!!! 

Thursday, May 3, 2012

Cuti bersama terchentas

Ibu dan Ayra

Abah dan Ayra


Ibu dan Abah?? :P

Friday, April 20, 2012

Kemalangan yang sering terjadi pada anak..Elakkan!

sangat sedih bila melihat gambar ini..
just please n please more careful next time ya parents..
anak harta yang tiada nilai..tidak di jual di super market bak kata my mum..
ambil pengajaran di kemudian hari..
mmg maut dan ajal kuasa Allah..
tapi sebagai manusia, banyak perkara yang kita perlu ambil berat dan prihatin..
 untuk family yang ada anak kecil. kemalangan yang sering berlaku dan boleh dielak adalah seperti berikut:

(1)
pastikan pintu toilet sentiasa tertutup..
if tak tutup baldi pastikan xde air n jauh dari paip..
toilet bowl pun pastikan sentiasa tutup..
ini kerana kanak2 sukakan air..mereka akan sentiasa cari inisiatif nak main air hingga melekakan mereka dan terperangkap n lemas..

(2)
pastikan xde tali langsir or apa jua tali terjuntai2..
kanak2 suka bergayut n membelit2 badan dorang dengan tali..
itu yang bole membawa kepada kemalangan..

(3)
pastikan setiap kali kita hendak melangkah ke dapur atau naik atas, tengok dulu mana anak kita..
kanak2 kecil ni suka mengikut di belakang kita tanpa kita sedari..
tu yang kadang dorang ikut naik tangga..then jatuh..
main tarik wayar di dapur dan melecur.. 
minta dijauhkan perkara ini dari anak2 kita..

(4)
if kita nak naik kereta.
please cek mana anak kita! selalu sgt kita dengar budak kemalangan bila ayah/ibu dorang reverse kereta..
malang tidak berbau..mcm perkara no.3, kanak2 suka mengekor parents dia..

(5)
apa yang penting

JANGAN BIARKAN ANAK2 KITA BERMAIN SEORANG DIRI..
IF KITA KITA SIBUK UTK MASAK DI DAPUR OR BUAT KEJA RUMAH, PASTIKAN ANAK SENTIASA DIAWASI DARI JAUH..
JANGAN LEKA!

 

Wednesday, April 18, 2012

WW


boring...
new place..new section..
terasa diri ini seperti lalang..
tolak ke sana..tolak ke sini..
but it's ok..
bring it on babeh~!! 

Friday, April 13, 2012

Gigi dan Ibu saya!



tengok gigi saya!
cantik x?? ada 6 batang je..
yang lain blum tumbuh lagi la...
tapi ibu saya sampai skrg pelik..
knp la gigi saya senget-senget.. 
nak kata puting - saya tak hisap puting pun..
rasanya ikut gene atok shukor n atok usop saya laaa! heheh!
hey..comel apa!! 
dah besar nnt saya claim la ibu saya untuk buat braces!! weeee!!!





 

oh..btw! ibu saya dah berjaya tamatkan kursus DPA dia!
dan kini sedang berada di sisi saya sepanjang masa!!
 gud job ibu! ibu berjaya tamatkan kursus itu tanpa ada cacat cela!!
weeehooo!!!

 p/s : thank u to DPA jugak..sbb ibu saya dah maintain slim mcm dlu..
kalau tak gemok gedempol aje tau ibu ni!

Thursday, March 15, 2012

Everything!!!!


my everything!!
queens of my heart!!!
can't live without them!!!!!
i love my mom n my baby so muchhhh!!!!

mak.. tq sbb jaga ayra sepanjang 6 bulan faiz berkursus!! i'm coming home mak!! 
ayra.. u r such a beautiful baby girl!!

Monday, March 12, 2012

Happy Birthday Ayra!!

muka excited tengok kek yang penuh krim.. nom nom nom!

 ok..ibu bagi chance sbb birthday awak.. gomol la kek tu bnyk2.. :)

hey!! its her 1st birthday!!! hepi birthday sayang!! we love u so much!! ayra membesar bagaikan juara dan maintain gebu comel!! terbayang saat kamu dilahirkan!! putih merah gebu dan berjuang untuk hidup dalam NICU.. tapi kamu tetap kuat dan bersemangat.. sampai sekarang kan!! menjadi kegemaran dan kesayangan ramai orang.. kamu suka tersenyum dan buat kelakar.. ibu dan abah rasa sangat beruntung mempunyai anak yang comel dan cerdik ini ok! penghibur hati yang lara..!! muahhh!!!

ayra tekun belajar berjalan dengan hadiah dari uncle azman n aunty ninie!
posing dlu sblum belajar ok.. hehe!

ayra.. sempena birthday awak yang pertama ni, ibu minta maaf ok xdapat nak raikan mcm orang lain..sbb ibu n abah jauh dari ayra.. tapi takpe sayang! kursus ini sudah mahu tamat..lepas ni kita bebas pegi shopping n spend masa bersama okeh!!! i love u so much lah!!!

and again - HAPPY BIRTHDAY AYRA NATASYA!!! 6 Mac 2011

Monday, February 13, 2012

I rindu blog i!!

rindu tak terkira.. lama gila tak update..
sbb dpa punya pasal.. haha! gila babeng busy tak hingat dunia..
pegi sana sinun.. merantau ke negeri orang..
tido di merata-rata. even di ladang kelapa sawit bertilamkan tahi lembu..
gila hebat.. pengalaman yang takkan dilupakan sampai bila-bila..
if tak buat, tak tahu kemampuan sendiri okayyy~!!

skrg ni if pegi outstation tido hotel best-best mesti terbayang yang pais dulu penah tido di ladang kelapa sawit berbau tahi lembu.. ahahahahah! thank god i'm still alive!! kerana anak, kerana suami, kerana emak dan kerjaya ku tempoh jua pahit manis dpa..
syukur ada kawan-kawan yang sentiasa support n sedia ada susah senang..
terutama kawan-kawan pikuds!! love u guys so much!!

skrg ni tinggal 7 minggu aje lagi untuk dpa..
bole terima lagi apa jua keadaan sbb dah berjaya ke acara kemuncak iaitu wataniah..
fuhhhh... jadi askar sungguh seksa tapi bravo to myself! i did it!! kurus kering hilang berkegi-kegi..
taksub taksub.. hehe!! hitam pun hitam la.. janji i berjaya kurus.. hehe!!

 modul CSR di Taman Seri Puteri Kajang
Aktiviti sebelum wataniah.. hepi aje.. seronok aje bergaul dengan adik2 di situ..
time ni tak tahu nasib di PUSASDA.. hoho!

lepas masuk PUSASDA.. amik! belang sana.. belang sini..
baju celoreng umpama mesin sauna bagi kami.. pakai berpeluh2.. sehari kencing 2 kali aje.. sbb abis air yang diminum jadi peluh..sumpah tak tipu!
belang pun belang la..mata i tetap grey okayyy~! hahaha
perkataan penting ketika wataniah yang takkan dilupakan
 "SAYA PERAJURIT MUDA 6225081 FAIZAH AZRA BINTI ABDUL RAHMAN, TUAN!"

kesayangan.. pikud-pikud yang sentiasa ada pada waktu senang dan susah..
sedih dan gembira..
sayang korang sampai bila-bila.. sampai pencen umur 60! hahahahah! 
lepas 60 kalau tak nyanyuk sambung sayang korang! heheheheh!!!

  oh..intan payung ibu! dah genap sebelas bulan pun!
perangai...tersangat menghibur dan manja.. gigi dah tumbuh 3 batang! dua bawah, satu atas..
syukur di atas anugerah tuhan mengurniakan anak yang comel dan cerdik ini..
ayra sayang..tunggu ibu ok! skit lagi nak abis tau..